Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut.
Keindahan alam semula jadi kampong dan cara hidup masyarakat Minangkabau di mana penggambaran drama tersebut dijalankan seperti telah terbiasa pada diri saya. Ada imbauan meresap secara semula jadi di dalam naluri bawah sedar tetapi tidak dapat dimuktamatkan puncanya dengan jelas.
Orang Negeri Sembilan sememangnya berketurunan Minangkabau. Bagaimanapun, mereka tidak akan mencari susur galur keturunan mereka di Tanah Minangkabau kerana perhubungan tersebut telah terputus sama sekali. Mungkin keadaan ini berlaku kerana penghijrahan Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan telah melampaui 500 tahun yang lalu. Justru itu, kebanyakkan orang awam Negeri Sembilan hari ini telah lupa hubungkait asal usul keturunan mereka.
Tidak dinafikan bahawa pengaruh Minangkabau ke atas Orang Negeri Sembilan begitu dominan. Bagaimanapun, pengaruh penduduk asal Negeri Sembilan tidak boleh dikesampingkan di dalam membina jati diri Orang Negeri Sembilan. Di antara impak dari adunan pengaruh Minangkabau/Penduduk Asal Negeri Sembilan ialah transformasi kepada penuturan dialek Minangkabau di Negeri Sembilan. Natijahnya, ada perbezaan yang besar di antara dialek Minangkabau dengan dialek Negeri Sembilan.
Sehubungan ini, keluarga Minangkabau yang dimaksudkan di dalam drama tersebut adalah samada keluarga Minangkabau dari Beranang, Gombak, Kampong Baru atau peniaga songkok di Jalan Masijid India, Kuala Lumpur. Pasti, keluarga tersebut bukannya Orang Negeri Sembilan.
Persoalannya, jika orang awam Negeri Sembilan seperti saya tidak mengaku berketurunan Minangkabau, mengapa naluri keterujaan kepada hubungan susur galur keturunan Minangkabau tidak dapat disembunyikan semasa menyaksikan drama tersebut?
Sesungguhnya, maksud pantun yang diulang-ulang sebutannya 500 tahun yang lampau oleh nenek moyang Orang Negeri Sembilan untuk menghilangkan rasa rindu kepada kampong halaman di Tanah Minangkabau yang ditinggalkan tanpa disedari masih relevan lagi kepada keturunan mereka di Negeri Sembilan hingga hari ini. Pantun tersebut berbunyi: “Leguh legah bunyi pedati, Pedati orang pergi ke Padang, Genta kerbau berbunyi juga; Biar sepiring dapat pagi, Walau sepinggan dapat petang, Pagaruyung teringat juga.”
Kebanyakkan Orang Negeri Sembilan secara tersirat menafikan mereka berketurunan Minangkabau. Namun, kesan kepada sisa kesinambungan darah Minangkabau dari generasi ke generasi selama lebih 5 abad yang jazam dan terserlah secara semula jadi melalui amalan, dialek dan emosi Orang Negeri Sembilan tidak dapat disembunyikan dan dinafikan.

No comments:
Post a Comment