Sumber: http://medan-info-kita.blogspot.com
Interview Nanyang Siang Pau Dengan Tun Daim... PRU Ke 13 BN Negeri Sembilan BUNGKUS...!! (Nogori den tu wei)
Bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO Tun Daim Zainuddin sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan Barisan Nasional [BN] sebenarnya tidak benar-benar selesa.
Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.
Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai UMNO perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.
Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, UMNO negeri masing-masing perlu bersatu...! Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.
Sementara itu bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "JENERAL tanpa askar".
Tun Daim Zainuddin pernah meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008....

No comments:
Post a Comment