Wednesday, December 21, 2011

Persekutuan Tanah Melayu dan Kemeredekaan Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk bagi menggantikan Kesatuan Malaya setelah beberapa siri perbincangan diadakan di antara Raja-raja Melayu dan lain-lain pihak yang terlibat. Persekutuan yang baru ini terdiri daripada kesemua sembilan Negeri-negeri Melayu di Semenanjung, bersama Melaka dan Pulau Pinang. Persekutuan Malaya berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British.
Kemeredekaan Persekutuan Tanah Melayu
Pembubaran Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British untuk membuka jalan bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akibat daripada dua tekanan utama yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga perkembangan pergerakan nasionalis Melayu iaitu UMNO, pihak British memperkenalkan sistem pilihanraya pada tahun 1951 di peringkat tempatan.
  
  Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association-MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (Malayan Indian Congress-MIC). Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Malaya. Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957, Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya.  

Tuesday, December 20, 2011

Penubuhan Malayan Union

Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah bagi menamatkan cara pemerintahan secara tidak langsungnya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya di bawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya.
  
  Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri.

Di bawah Kesatuan Malaya, Raja-raja Melayu akan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab terhadap hal-hal keagamaan sahaja. Raja-raja Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British. Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya merupakan negeri-negeri yang dilindungi British.

  
  Pada bulan Oktober 1945, Sir Harold MacMicheal, wakil khas kerajaan British tiba di Kuala Lumpur bagi membincangkan perjanjian baru dengan Raja Negeri-negeri Melayu. Walaupun membantah, pihak Raja telah menandatangani perjanjian tersebut dan melepaskan hak kedaulatan dan kekuasaan mereka kepada Kerajaan British. Parti-parti politik dan persatuan-persatuan ditubuhkan di seluruh negara dengan tujuan menentang cadangan Kesatuan Malaya yang akan berkuatkuasa pada 1 April 1946 di mana sebuah pentadbiran kerajaan awam akan ditubuhkan.

  
  Pada 1 March 1946 wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organization-UMNO). Dato' Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang Melayu pada waktu itu buat pertama kalinya, menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju yang dikongsi bersama. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru yang dihadapi oleh pihak British dan juga masyarakat Cina. UMNO seterusnya meluluskan satu resolusi yang mengisytiharkan bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh para Raja tidak lagi sah dan batal. Pada 31 Mac 1945, Pentadbiran Ketenteraan British dibubarkan secara rasminya.

  
  Pada 1 April 1946, Kesatuan Malaya diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor Kesatuan Malaya di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, UMNO telah menuntut agar Kesatuan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu yang dicadangkan ini terdiri daripada sembilan buah Negeri-negeri Melayu dan dua buah negeri jajahan British. Ia juga mencadangkan agar seorang Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya seorang Gabenor, dilantik sebagai wakil Kerajaan British.

Cadangan tersebut juga menetapkan bahawa selain daripada orang Melayu, hanya generasi kedua orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang berhak mendapat taraf kewarganegaraan persekutuan. Justeru, Kesatuan Malaya telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari 1948. 

Friday, December 16, 2011

Pentabiran British

Pada 14 Ogos 1945, pihak Jepun telah menyerah kalah dan pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu pun berakhir. Pendudukan Jepun, serta kekalahan British di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina telah mengakibatkan keunggulan kuasa barat telah hilang atau berkurangan. Kerajaan British sepatutnya melindungi Tanah Melayu berikutan dengan satu perjanjian telah ditandatangani dengan Raja-raja Melayu di mana British telah memberi jaminan untuk melindungi negeri-negeri Melayu sebagai balasan kepada pelbagai keistimewaan dan hak yang dinikmatinya. Namun, apabila tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pihak British tidak menyediakan pertahanan yang cukup yang mengakibatkan Tanah Melayu tewas dengan mudah. Walau bagaimanapun, penjajahan Jepun telah menimbulkan kesedaran politik penduduk tempatan dan apabila pihak British kembali ke Tanah Melayu, satu situasi baru telah muncul.

Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada 3 September 1939. Menjelang Jun tahun 1940, Norway, Holland, Belgium, Luxembourg dan Perancis telah dijajah oleh pihak tentera Jerman, justeru, meninggalkan pihak British bersendirian menangkis kemaraan tentera Jerman. Jepun pula, yang sudah sekian lama berkeinginan untuk menguasai kawasan Asia Tenggara telah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam peperangan ini dengan berpihak kepada Jerman pada 8 Disember 1941. Tanah Melayu tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang kemaraan tentera laut dan tentera udara Jepun kerana kekuatan tentera British ditumpukan sepenuhnya di Eropah.
  
  Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942.

Sabah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari 1942 sementara Sarawak pula pada 1 April 1942.

Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Malaya, yang bertahan selama 42 bulan. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten menduduki semula Malaya pada 5 September 1945 dan Pentadbiran Tentera British ditubuhkan untuk mengurus negara ini. 

Wednesday, December 14, 2011

Kronologi 13 mei 1969

Di petik dari http://malaydelima.blogspot.com/2011/11/lim-kit-siang-akan-mencetuskan-kembali.html

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

"Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah!

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”.

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat [LKS] Ipoh Timur..;
“Melayu keluar...! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa...”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu... “... semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau....!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu...”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita...! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?

Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu....! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..

Perang Dunia Pertama

Peperangan telah meletus di Eropah pada tahun 1914 antara pihak yang dikenali sebagai Kuasa Pusat terdiri daripada German, Austro-Hungary dan Turki dan pihak yang dipanggil sebagai Tentera Bersekutu terdiri daripada kebanyakan kuasa barat seperti Perancis, Russia, Britain dan Amerika Syarikat. Peperangan merebak dari sebuah negara ke negara yang lain sehingga akhirnya hampir keseluruhan negara di dunia terlibat. Walau bagaimanapun, Tanah Melayu tidak terjejas oleh Perang Dunia Pertama kerana beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah kerana Perancis dan Jepun yang merupakan sekutu kepada pihak British membolehkan Tanah Melayu mendapat perlindungan daripada negara-negara jiran seperti India yang merupakan jajahan British, IndoChina yang merupakan jajahan Perancis dan Formosa yang merupakan sebahagian daripada Empayar Jepun.
  
  Faktor yang kedua adalah kerana pihak Belanda yang bersikap berkecuali menyebabkan Tanah Melayu tidak diancam oleh negara-negara Hindia Timur Belanda. Faktor yang ketiga adalah kerana tentera Jerman tidak mempunyai pengkalan yang berdekatan untuk membolehkannya menyerang atau menakluki Tanah Melayu.

Tanah Melayu terus menghasilkan pengeluaran getah dan bijih timah untuk dibekalkan kepada pihak Pakatan. Pada tahun 1915, rakyat Tanah Melayu menghadiahkan sebuah kapal perang yang diberi nama H.M.S Malaya seberat 30,000 tan dan dilengkapi dengan lapan pucuk meriam 15 inci kepada British. Walaupun Perang Dunia Pertama tidak melibatkan Tanah Melayu, namun sedikit pengalaman perang dapat dirasai ketika sebuah kapal perang Jerman iaitu Emden menenggelamkan sebuah kapal perang Russia dan sebuah bot torpedo Perancis di Pulau Pinang pada tahun 1914, dan juga ketika pasukan tentera India, iaitu Infantri Ringan Kelima (Benggali) memberontak di Singapura pada 15 Februari 1915

Tuesday, December 13, 2011

Kesihatan dan perubatan di Malaysia

Malaria merupakan pembunuh utama di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1898, Sir Ronald Ross telah mengesan punca penyakit ini iaitu dari nyamuk tiruk yang membiak di kawasan berpaya. Pada tahun 1901, Dr. Malcolm Watson telah menguji teori Dr. Ross dengan mengeringkan keseluruhan kawasan persekitaran bandar Kelang dan dalam masa dua tahun, Kelang bebas dari wabak malaria. Ini membuktikan bahawa malaria adalah sejenis penyakit yang boleh dikawal dan pada tahun 1920, wabak malaria telah berjaya dikawal di kebanyakan kawasan di Malaya.   
  Hospital telah dibina di bandar-bandar besar manakala pusat perubatan serta pusat penjagaan kanak-kanak disediakan untuk ribuan penduduk di serata kawasan bandar dan kampung. Perkhidmatan perubatan di Malaya adalah di antara yang terbaik di Asia Tenggara. Malaya juga merupakan salah sebuah negara yang mempunyai tahap kesihatan yang tertinggi di dunia. Beberapa usaha pendidikan telah giat dijalankan dari tahun 1920 hingga tahun 1940 bagi mengalakkan penduduk menggunakan kemudahan hospital. Melalui pendidikan ini, mereka dapat menghilangkan rasa takut untuk ke hospital dan mendapat kesedaran tentang manafaat yang boleh diperolehi dari teknologi perubatan Barat

Monday, December 12, 2011

Gua kena tipu atas highway bila kereta gua breakdown..!!!



Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.
Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.
Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.
Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju
Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.
Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.
Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.
Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."
Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.
Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."
Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.
Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!
Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.

PLUS HOT LINE   1800 88 0000

Pendidikan dan komunikasi di Malaysia

Pendidikan
Kemajuan dalam pendidikan adalah perlahan, tetapi masih mantap. Sekolah-sekolah Inggeris dibina oleh Kerajaan di kebanyakan bandar. Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pergerakan Kristian seperti “the Brother’s School dan “the Anglo-Chinese School. Sebuah kolej perubatan dibuka pada tahun 1910 bagi melahirkan doktor perubatan dan doktor gigi tempatan. Manakala Kolej Raffles yang merupakan institut pengajian tinggi dalam bidang seni dan sains telah dibuka pada tahun 1928. Kedua-dua kolej ini merupakan teras kepada Universiti Malaya yang dibuka pada tahun 1949.
  
  Di Negeri-negeri Melayu, sekolah-sekolah Melayu bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan didirikan bagi menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk. Kolej Sultan Idris di Tanjung Malim, yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah menghasilkan ramai tenaga guru untuk sekolah-sekolah tersebut. Bagi kaum India pula, semua ladang-ladang estet perlu menyediakan kemudahan sekolah rendah jenis Tamil bagi anak-anak pekerja estet yang berbangsa India.
Komunikasi
Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu berusaha keras untuk membangunkan Malaya dengan pelbagai cara. Malaya bertambah maju, di mana pendapatan bagi Negeri-negeri Selat bertambah lebih lima kali ganda dalam jangkamasa kurang dari empat puluh tahun manakala bagi Negeri-negeri Melayu pula, lebih sembilan kali ganda dalam jangkamasa yang sama. Sebahagian besar daripada pendapatan tersebut digunakan untuk membina sistem perhubungan yang mantap. Jalanraya dan landasan keretapi dibina di seluruh negara bagi menghubungkan kawasan perlombongan dan perladangan dengan persisiran pantai. Pada tahun 1937, jalanraya yang berukuran hampir 9,000 kilometer telah dibina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1,165 kilometer di Negeri-negeri Selat dan 2,500 kilometer di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  
  Pada tahun 1885, perkhidmatan keretapi yang pertama telah disediakan iaitu dari Taiping ke Port Weld. Pada tahun 1909, perkhidmatan keretapi telah berkembang dari Singapura ke Pulau Pinang. Di samping itu, perkhidmatan feri juga disediakan bagi menghubungkan Prai dan Pulau Pinang. Tambak Johor yang siap dibina pada tahun 1923 telah mengembangkan lagi perkhidmatan keretapi hingga ke Singapura, yang sudah pun mempunyai landasan dari Tank Road ke Bukit Timah yang dibina sejak tahun 1903. Pembangunan infrastruktur perhubungan di timur Malaya agak perlahan, namun pada tahun 1931, perkhidmatan keretapi akhirnya disediakan, menghubungkan Gemas dan Kota Bharu.

Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu 1909

Pada tahun 1906, permintaan bagi getah telah naik secara mendadak apabila kereta mula dicipta kerana ia diperlukan dalam pembuatan tayar di kilang-kilang di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat. Harga pasaran getah meningkat dengan mantap dan peladangan getah menjadi industri utama di Malaya.
  
  Pihak British seterusnya mahu menjadikan keseluruhan Malaya sebagai jajahannya dan menetapkan sempadan yang jelas di antara Siam dan Tanah Melayu. Satu perjanjian telah ditandatangani dengan Siam pada tahun 1909 di mana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dijadikan negeri naungan British. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat-penasihat British telah dihantar untuk membantu Sultan mentadbir negeri-negeri tersebut dengan teratur. Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

  
  Justeru, selepas tahun 1914, Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit politik iaitu :
(a) Tanah Jajahan Mahkota Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan.
(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Maaf di minta sebab tak dapat update 2-3 hari yang lalu diatas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan....
Bagi menebus balik hari-hari yang tak ada update hari ni aku update 3 tajuk...
Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke tiba pada bulan November 1873 dan dalam tempoh satu tahun, beliau telah berjaya meletakkan negeri Perak, Selangor dan Sungei Ujong di bawah naungan British. Pemerintah negeri-negeri tersebut telah menandatangani perjanjian bersetuju menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan urusan agama dan adat resam.
  
  Sungei Ujong merupakan negeri yang pertama di dalam Negeri Sembilan yang berada di bawah naungan British. Lain-lain negeri yang meminta perkhidmatan pegawai British adalah Jelebu pada tahun 1883, Rembau pada tahun 1887 dan pada tahun 1895 keseluruhan Negeri Sembilan telah berada di bawah naungan British. Naungan British menjangkau ke Pahang pada tahun 1888. Sebelum Negeri-negeri Melayu berada di bawah naungan British, mereka berada dalam keadaan yang mundur. Tiada sistem kerajaan yang teratur dan setiap ketua memerintah kawasan masing-masing yang boleh disamakan dengan seorang bangsawan feudal. Mereka mengenakan cukai dan membelanjakannya dengan sesuka hati tanpa membangunkan kawasan masing-masing seperti membina jalanraya, bangunan awam, sekolah atau mahkamah. Apabila Residen-residen British tiba di Perak, Selangor, Sungei Ujong dan Pahang, mereka dengan bantuan masyarakat tempatan telah menubuhkan sistem kerajaan yang teratur. Pada mulanya terdapat pelbagai tentangan dan masalah, namun lama kelamaan para Residen mampu mengatasinya. Di antara Residen yang paling bijak ialah Sir Hugh Low yang berkhidmat di Perak dari tahun 1877 hingga

  
  Pada tahun 1889, Frank Swettenham telah menggantikan Sir Hugh Low sebagai Residen Perak. Swettenham dapat membayangkan pembangunan yang pesat sekiranya keempat-empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan sebagai satu Persekutuan. Gabenor Negeri-negeri Selat, pemerintah-pemerintah Melayu dan Residen-residen telah bersetuju dengan pembentukan Persekutuan tersebut. Pada tahun 1896, keempat-empat negeri tersebut yang berada di bawah naungan British telah dijadikan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu memandangkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah. Residen Jeneralnya yang pertama ialah Sir Frank Swettenham.

Setelah penubuhannya, Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berkembang dengan pesat. Jumlah penduduk di keempat-empat negeri tersebut telah meningkat daripada 424,000 orang pada tahun 1891 kepada 860,000 orang pada tahun 1905. Tanah Melayu menjadi pembekal utama bijih timah dunia. Selepas tahun 1900, perladangan getah dimulakan di serata negeri dan ini membawa kemakmuran kepada penduduk. Pendapatan daripada hasil bijih timah, getah dan lain-lain barangan telah memberi dana kepada kerajaan untuk membina jalanraya, jambatan, landasan keretapi, sekolah dan hospital serta mengatasi masalah wabak malaria. Pada penghujung tahun 1904, jalanraya kelas pertama sepanjang hampir 2,400 batu telah dibina dan digunakan di serata negeri sementara perkhidmatan keretapi pula disediakan di antara Prai dan Seremban. 

Thursday, December 8, 2011

James Brooke di Broneo 1841 - 1863

James Brooke, seorang tentera, pedagang dan penjelajah, tiba di Singapura pada bulan Mei 1839 dalam perjalanannya untuk menjelajah Borneo. Sejurus sebelum ketibaannya, beberapa orang pelayar British telah terkandas di Brunei dan dilayan dengan baik oleh seorang kerabat kepada Sultan Brunei iaitu Raja Muda Hussin. Gabenor Bonham dari Negeri-negeri Selat dan para pedagang British telah meminta Brooke membawa surat penghargaan dan hadiah kepada Raja Hussin.
     Pada ketika itu, Raja Hussin berada di Sarawak bagi menentang satu pemberontakan terhadap Sultan Brunei. Sultan telah meminta Brooke memberikan bantuan kepada Raja Hussin dan beliau berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. Sebagai penghargaan, Sultan Brunei telah melantik Brooke sebagai Raja Sarawak pada bulan September 1841. Raja Brooke berusaha keras untuk menghapuskan ancaman lanun dan membawa ketenteraman di kawasan persisiran utara Borneo. Ekoran dari usaha beliau, jumlah penduduk telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun pentadbirannya. Apabila arang batu ditemui di Labuan, Raja Brooke menasihatkan kerajaan British mengambil Labuan daripada tangan Sultan Brunei supaya ia boleh dijadikan pengkalan bekalan arang batu untuk kapal-kapal wap yang berlayar di lautan timur.
  Pada tahun 1847, James Brooke telah dianugerahkan darjah kesatria dan dilantik sebagai Gabenor Labuan dan Ketua Konsol British di Borneo Utara. Beliau bersara pada tahun 1863 dan kembali menetap di England. Selepas kematiannya pada tahun 1868, anak saudaranya telah menggantikan beliau sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1888, Sarawak telah dijadikan sebuah negeri naungan British. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1941 apabila Jepun menjajahi Sarawak. Sarawak diserahkan kepada pihak British oleh Sir Charles Vyner Brooke pada 1 Julai 1946 apabila ia dijadikan sebuah koloni diraja. 

Rancangan

Perancang aku buat permulaan ni akan aku muatkan sejarah tentang tanah melayu, Malaya dan juga Malaysia...Di sebabkan aku orang Negeri Sembilan sejarah tentang negeri sembilan akan menyusul selepas itu...dan selepas itu mungkin blog ini akan menjadi medan untuk aku meluahkan perasaan hati melayu aku....

Wednesday, December 7, 2011

Pembukaan Pulau Pinang 1786

Syarikat Hindia Timur sedang mencari sebuah tempat yang sesuai di Selat Melaka untuk dijadikan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapalnya yang belayar jauh di antara India dan China. Mereka juga mencari sebuah pelabuhan yang dapat menggantikan Melaka, yang pada ketika itu merupakan sebuah jajahan Belanda, sebagai pusat perdagangan bagi Tanah Melayu. Justeru, Syarikat tersebut telah memilih Kedah sebagai pengkalan di perairan Tanah Melayu.
     Pada tahun 1785, Syarikat ini telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor. Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi. Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China. 

Monday, December 5, 2011

Belanda menyerah kepada Inggris 1824

Orang Bugis mula datang ke Tanah Melayu dengan jumlah yang besar pada awal kurun ke-18. Pihak Belanda tidak campur tangan dalam urusan orang Bugis dan membiarkan Kerajaan Johor-Riau jatuh ke tangan mereka. Hanya apabila orang Bugis mula memberi saingan yang hebat dalam perdagangan bijih timah, barulah pihak Belanda mengambil tindakan terhadap mereka.
     Oleh yang demikian, pada tahun 1784 Belanda menawan Riau, pusat kerajaan tersebut dan menjadikan kerajaan Johor-Riau sebagai jajahan negara Belanda. Peperangan yang berlaku di antara Bugis dan Belanda dari tahun 1755 hingga tahun 1758 dan dari tahun 1783 hingga tahun 1784 bukan hanya melemahkan kuasa dan pengaruh Belanda di kawasan tersebut, malah telah menyebabkan kekayaan Syarikat Hindia Timur Belanda merosot. Walaupun Melaka masih lagi menarik perhatian para pedagang, Riau telah mengambil alih tempat sebagai pintu masuk ke Selat Melaka. Pihak Inggeris pula sudah mula tiba ke kawasan ini sebagai satu kuasa baru, terutamanya selepas peperangan keempat mereka dengan Belanda di antara tahun 1781 hingga tahun 1783. Mereka juga berjaya mempengaruhi beberapa pemerintah tempatan untuk menyebelahi mereka dan telah membuka sebuah pengkalan di Pulau Pinang pada tahun 1786. 
Golongan Revolusi Perancis yang telah mengisytiharkan perang dengan Inggeris pada tahun 1793, telah diundang oleh Pergerakan Patriotik Revolusi Belanda yang dikenali sebagai “the Velvet Revolution pada tahun 1795 untuk menyerang Raja Belanda, William V of Orange, yang meminta perlindungan Inggeris. Oleh kerana itu, seluruh jajahan Belanda di seberang laut terpaksa mengambil langkah untuk mempertahankan diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan pusat. Justeru, pihak Inggeris memutuskan untuk mengambil alih seluruh jajahan Belanda bagi mengelakkan mereka dirampas oleh pihak Perancis.   
  Pada 15 Ogos 1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus. Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan Melaka kepada Inggeris, ianya tidak mengakibatkan sebarang pergeseran di antara mereka. Melaka terus ditadbir oleh pegawai Belanda di bawah pengawasan seorang Residen Inggeris.
Berdasarkan Perjanjian Vienna pada tahun 1814, Melaka telah dikembalikan kepada Belanda pada 21 September 1818, namun Melaka diserahkan semula kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824 berikutan Perjanjian London. Perjanjian ini membolehkan kedua-dua kuasa barat ini menumpukan perhatian mereka kepada kawasan jajahan masing-masing.
  Robohnya Kota Melaka
Pihak Inggeris di Pulau Pinang mengetahui bahawa Melaka perlu diserahkan kembali kepada Belanda apabila tamat perang. Namun, Inggeris enggan memulangkan Melaka kerana khuatir ianya akan mengganggu pembangunan penempatan baru mereka di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, mereka bertindak merosakkan nama dan pengaruh Melaka dengan mengalihkan tumpuan perdagangan dari Melaka ke Pulau Pinang, merobohkan kubu dan kota Melaka serta memindahkan 15,000 orang penduduknya ke Pulau Pinang. Dengan cara ini, Melaka tidak lagi dapat menyaingi Pulau Pinang dari segi perdagangan apabila ia diserahkan semula kepada pihak Belanda. Seterusnya, jika terdapat keperluan untuk menyerang Melaka pada masa akan datang, tiada lagi kubu tersebut untuk menghalang mereka.
Gabenor Pulau Pinang telah mengarahkan Kapten William Farquhar untuk memusnahkan kubu Melaka pada tahun 1807 dan hampir keseluruhan kubu tersebut dimusnahkan pada tahun 1808. Walau bagaimanapun, Stamford Raffles, yang merupakan pembantu setiausaha negeri Pulau Pinang telah tiba di Melaka untuk bercuti. Setelah mendapat kebenaran daripada Lord Minto, Gabenor Jeneral India, beliau sempat menghentikan kerja-kerja merobohkan kubu Melaka serta pemindahan penduduk Melaka yang berterusan. Raffles mengagumi kota lama Melaka kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap sejarah, kebudayaan, bangsa dan bahasa Melayu. Beliau juga berjaya menyelamatkan pintu gerbang kubu Melaka dari diroboh dan ia masih kekal hingga ke hari ini. Usaha merobohkan kubu Melaka yang melibatkan beberapa ratus orang pekerja telah menelan belanja sebanyak 70,000 pound sterling.
  Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka
Ekonomi Melaka mula merosot di sekitar pertengahan zaman penjajahan Belanda, di mana Melaka hanya dijadikan sebuah gudang untuk Betawi. Penyerahan Melaka kepada Inggeris memburukkan lagi keadaan kerana polisi mereka pada waktu itu adalah untuk menjatuhkan Melaka agar ia tidak mampu bersaing dengan Pulau Pinang. Akan tetapi, apabila Melaka diserahkan kepada Inggeris buat kali kedua pada tahun 1824, pihak Inggeris cuba membangunkan kota tersebut namun usaha itu tidak begitu berjaya. Kawasan negeri Melaka menjadi semakin kecil dan pengeluaran sumber asli seperti emas dan bijih timah juga turut berkurangan. Kerajaan Inggeris telah menghadkan pembangunan Melaka dan penduduk tempatan pula tidak mempunyai sumber untuk mengekang kemerosotan ekonomi Melaka. Pelabuhan Melaka tidak lagi menjadi pilihan kapal-kapal dagang setelah kehilangan daya tarikannya.
Negeri-negeri Selat (1826)
Pada tahun 1826, Pulau Pinang termasuk Seberang Perai, Melaka dan Singapura telah digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Selat. Pulau Pinang, yang merupakan penempatan terawal Inggeris telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Lama kelamaan, kepentingan Melaka semakin luput manakala Pulau Pinang pula semakin membangun. Namun begitu, kemajuan di Singapura juga telah meningkat dari segi jumlah penduduk dan perdagangan, lantas pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura pada tahun 1832. Negeri-negeri Selat berada di bawah penguasaan Gabenor Jeneral di Kalkatta. Walau bagaimanapun, pada tahun 1867, Negeri-negeri Selat diasingkan dari penguasaan Inggeris di India dan telah dijadikan sebuah Koloni Diraja secara langsung di bawah penguasaan Pejabat Tanah Jajahan di London. 

Sunday, December 4, 2011

Melaka di bawah Kuasa Belanda (1641-1824)

Selepas ditawan, Melaka berfungsi sebagai pengkalan untuk menghalang musuh Belanda dari memasuki Selat Melaka dan juga merupakan pusat pengumpulan hasil dari Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya bijih timah. Belanda tidak memberi tumpuan kepada Tanah Melayu dan sepanjang pemerintahan mereka, kerajaan Johor-Riau, yang merupakan sekutu Belanda, dibiarkan menjadi lemah. Sehingga tahun 1800, kesemua negeri-negeri yang bernaung di bawah kerajaan ini keluar dari naungan Sultan Johor dan mengisytiharkan negeri mereka merdeka. Sebagai ahli perniagaan dan pedagang, orang Belanda tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap pesaingnya. Oleh kerana sikap yang demikian, pedagang-pedagang China mula mengubah haluan perdagangan mereka dan hasilnya, kemajuan yang sekian lama melimpahi Melaka mula merosot begitu juga jumlah penduduknya.   
  Kebebasan Beragama
Kebebasan beragama merupakan faktor utama yang mengekalkan keharmonian sosial semasa pemerintahan Kesultanan Melayu. Sebaliknya, Portugis mengharamkan sebarang amalan agama selain daripada Katolik Rumawi. Pihak Belanda pula tidak begitu tegas tentang anutan agama penduduk dan mengamalkan toleransi dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, mereka menentang amalan agama Katolik Rumawi sehingga tahun 1695, kerana sistem yang diamalkan di Eropah, menggabungkan urusan kerajaan dengan ajaran agama. 

Portugis menyerah kepada Belanda 1641

Pada jam 10 pagi, 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Komandan Belanda, Willemson Kaatokoe, yang ditempatkan di sebuah pengkalan di Kampung Keling, telah memasuki kubu untuk membincangkan tentang peralihan kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan Gabenor Portugis, Dom Manuel de Souza Coutinho.
Beliau bersetuju untuk membebaskan semua tawanan Portugis berserta barangan milik mereka setelah mendengar rayuan daripada seorang paderi. Hanya pasukan tentera diraja Portugis ditawan dan dibawa ke Betawi. Gabenor terakhir Portugis mati dua hari selepas kemenangan pihak Belanda. Belanda telah mengepung Melaka selama lapan bulan dan sepanjang tempoh tersebut hampir 7,000 penduduk Melaka terbunuh dan 10,000 lagi lari meninggalkan Melaka. Pihak Belanda kehilangan seramai 1,500 tentera termasuk tiga orang nakhoda kerana masalah kesihatan. 200 orang tentera Portugis terbunuh dan 500 lagi mati akibat gejala malaria. Kekalahan Portugis ini menandakan berakhirnya pemerintahan mereka di Melaka. 

Belanda 1606 - 1641

Belanda 1606 - 1641
Pihak Belanda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Portugis, merupakan pelanggan utama mereka dalam rempah ratus dan lain-lain barangan dari timur, yang diedarkan ke seluruh bahagian utara benua Eropah. Bagaimanapun, pada tahun 1580 negara Portugal bergabung dengan negara Sepanyol di bawah pemerintahan Raja Philip II, yang merupakan seteru utama Belanda.   
  Baginda telah melarang pihak Belanda dari memasuki pelabuhan yang dikuasai Portugis. Dengan sebab itu, pihak Belanda terpaksa mendapatkan bekalan mereka dari sumber yang lain dan mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke timur untuk melenyapkan penguasaan pihak Portugis dalam perdagangan rempah ratus. Pihak Portugis yang berpengkalan di Goa dan Melaka mengadakan beberapa cubaan untuk menghalang kemasukan kapal-kapal Belanda ke Asia Timur, namun tidak berjaya. Kapal-kapal mereka tidak dapat menyaingi kapal-kapal Belanda yang lebih baru dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik. Tambahan pula, pemerintah-pemerintah di Indonesia menyambut baik pihak Belanda dengan harapan persaingan sengit di antara Belanda dan Portugis akan menaikkan lagi harga pasaran barangan keluaran negara mereka dan menghasilkan kutipan cukai yang lebih tinggi.
Pihak Belanda dapat menyaingi Portugis dengan mudah kerana mereka mempunyai pelayar yang lebih mahir dan kapal-kapal yang lebih hebat, yang membolehkan mereka membawa rempah ratus ke Eropah dengan kos yang lebih murah dari pihak Portugis. Pada tahun 1602, Syarikat Hindia Timur Bersekutu Belanda ditubuhkan untuk menyatukan kesemua syarikat Belanda di Asia demi kebaikan bersama pedagang Belanda. Syarikat tersebut dengan kebenaran kerajaan Belanda, telah memonopoli perdagangan di Asia dan berkuasa untuk membuat perjanjian dan pakatan dengan pemerintah tempatan, menakluki jajahan dan membina kubu pertahanan. Semua pengkalan Belanda yang berada di India Timur telah diambil alih oleh Syarikat tersebut.  
  Pada tahun 1605, angkatan bersenjata Syarikat ini telah berjaya menawan kubu Portugis di Ambon dan menjadikan pulau tersebut sebagai jajahan pertamanya di kepulauan Melayu. Setelah berjaya menawan Ambon dengan mudah, Belanda yakin bahawa mereka juga boleh menawan Melaka. Pada tahun 1606, pihak Belanda membuat satu perjanjian dengan Sultan Johor dengan tujuan untuk menawan Melaka. Walau bagaimanapun, serangan pakatan Belanda-Melayu telah gagal dan Melaka terus berada di bawah jajahan Portugis selama 35 tahun yang seterusnya. Belanda mempunyai satu matlamat utama untuk menawan Melaka. Mereka mahu Betawi menjadi satu-satunya pusat perdagangan barangan timur dan untuk mencapai matlamat tersebut, mereka perlu menghentikan perdagangan Portugis di Melaka. Oleh itu, di antara tahun 1619 dan tahun 1640, pihak Belanda dengan kekuatan angkatan laut mereka telah berjaya mengalihkan kebanyakan perdagangan dari Melaka ke Betawi. Namun, pihak Belanda khuatir tentang kemungkinan Melaka jatuh ke tangan kuasa Eropah yang lain yang boleh memberi persaingan kepada Betawi. Satu-satunya cara untuk menghindari perkara ini daripada berlaku ialah dengan menawan Melaka dan menjadikannya sebuah wilayah Betawi.
Pihak Belanda membuat serangan yang berterusan ke atas kapal-kapal Portugis pada awal kurun ke-17 dan pada tahun 1606, mereka telah melancarkan satu serangan ke atas Melaka, namun gagal. Pada tahun 1640, pihak Belanda dengan pakatan bersama pihak Melayu telah mengepung kota Melaka dan menghalang kemasukan bekalan makanan. Orang-orang dari Johor mengawal bahagian sungai dan perkampungan di sekitar kota manakala pihak Belanda mengawal laluan masuk dari arah laut. Pihak Belanda juga membina benteng yang mempunyai beberapa pucuk meriam yang dihalakan ke arah kubu pertahanan Portugis di bahagian timur, supaya mereka boleh membedil pihak Portugis. Musim hujan pun bermula dan banjir yang berlaku menyebabkan kawasan rendah di mana pihak Belanda berpengkalan ditenggelami air. Wabak malaria juga merebak di kalangan tentera Belanda dan Portugis, membunuh ramai daripada mereka termasuklah dua orang nakhoda Belanda dan seterusnya melemahkan semangat perjuangan kedua belah pihak.

Saturday, December 3, 2011

Zaman Portugis 1511 - 1624

Zaman Portugis  1511 - 1624
( sumber maklumat dari http://sejarahmalaysia.pnm.my/)
Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice    
  Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang Melayu mula mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis, mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih.
Setibanya angkatan Portugis, Bendahara Melaka telah menerima kiriman warkah dan hadiah yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan. Pada mulanya, tetamu ini dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab Muslim mendesak Sultan dan Bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Portugis dan menyerang angkatan laut mereka. Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan mereka. Setelah mendapati rancangan mereka telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.    
  Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Setelah mendapat berita yang D’ Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang tindakan Portugis ini. D’ Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. Sultan Mahmud Syah menggunakan pelbagai helah dan melengah-lengahkan masa bagi memperkukuhkan lagi kubu pertahanan serta mempersiapkan segala bekalan di kedua belah bahagian Melaka yang dipisahkan oleh sungai. Pihak Portugis hilang sabar dan mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang terletak di persisiran pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang berlabuh kecuali tongkang-tongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung Kormorin.
Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D’ Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan dilakukan ke atas kota Melaka. Kota Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama kota dan bahagian pinggir kota di seberang sungai di mana para pedagang menetap. D’ Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai 1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal.  
  Selang beberapa hari kemudian, D’ Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan saki-baki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India. Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis.
Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.
Bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut. Batu-batu daripada masjid-masjid yang telah musnah dan makam-makam diraja telah digunakan untuk membina tembok tebal kubu ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital, biara dan sebuah penjara.    
  Alburquerque juga telah berjaya menghapuskan tentangan dari Utimutiraja, Sultan Ahmad dan orang-orang Jawa yang ingin merampas Melaka kembali dari tangan Portugis. Beliau telah melantik Rui de Brito sebagai Gabenor dan Nina Chattu sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudiannya memastikan keamanan serta aktiviti perdagangan dipulihkan dengan menggalakkan pedagang-pedagang membuka kembali perniagaan mereka. Selain itu, beliau juga telah menghantar beberapa misi persahabatan ke Siam, Jawa, China dan Kepulauan Maluku. Magellan, yang merupakan orang pertama belayar ke seluruh dunia dari tahun 1519 hingga ke tahun 1522, adalah salah seorang pegawai Albuquerque ketika penawanan Melaka.
Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, Albuquerque telah memperkenalkan mata wang yang baru di Melaka. Walaupun aktiviti perdagangan secara amnya dijalankan secara barter, terdapat juga beberapa urus niaga yang dijalankan dengan menggunakan wang timah Melayu. Wang baru yang diperkenalkan oleh Portugis adalah dalam bentuk timah atau tembaga, perak dan emas.
Apabila beliau telah berpuas hati dengan keadaan di Melaka, Albuquerque pun kembali ke markasnya di Goa. Beliau meninggalkan Melaka pada Januari 1512, membawa bersamanya kesemua khazanah Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja dan Permaisuri Portugal. Walau bagaimanapun, kapalnya, Flora de la Mar, telah dilanda badai di perairan barat Sumatra. Hampir kesemua barang-barang yang dibawanya hilang, namun beliau bernasib baik kerana terselamat dari bencana tersebut.  
  Pihak Portugis berjaya mengekalkan kekuasaan mereka di Melaka daripada mana-mana musuh selama 130 tahun dan kota itu terus menjadi pusat perdagangan di timur, terutamanya dalam dagangan rempah ratus. Manakala Sultan Mahmud pula berundur dari Teloh Naning ke Ulu Muar, dan kemudian menetap di Pagoh dan Bentayan. Sultan Mahmud dan keturunananya membina empayar Johor-Riau yang merangkumi Johor, kepulauan Riau, Pahang dan lain-lain bahagian kerajaan Melaka yang tidak dijajah Portugis. Walaupun Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud dan puteranya Sultan Ahmad tidak putus-putus menghantar tenteranya untuk menyerang Portugis di Melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1526. Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528 dan digelar Marhum Kampar. Tidak lama kemudian, laksamananya, Khoja Hassan juga meninggal dunia. Hang Nadim telah dilantik sebagai laksamana yang baru. Hang Nadim pernah membantu Sultan Mahmud di dalam dua cubaan untuk mendapatkan semula takhta baginda pada tahun 1519 dan 1523. Hang Nadim juga pernah berusaha mengepung Melaka dengan tujuan menghalang bekalan makanan daripada masuk ke kota Melaka. Dia telah membuktikan kepimpinan dan keberaniannya dengan mengalahkan Portugis ketika mereka menyerang Bintam dan Kopak. Kegagahannya amat dikagumi oleh orang Melayu dan serangan bertubi-tubi ke atas Portugis telah melemahkan semangat perjuangan mereka serta merugikan perdagangan mereka di Melaka.
Namun, Portugis mempunyai musuh yang lebih kuat iaitu Acheh di utara Sumatera, yang terletak di seberang Selat Melaka. Sultan-sultannya merupakan pejuang Islam dan mereka juga menguasai perdagangan lada hitam di Sumatera. Sultan Acheh yang berkeinginan menawan Melaka, telah beberapa kali melancarkan serangan, namun tidak berjaya. Pihak Portugis kemudiannya membuka beberapa buah pengkalan di serata kepulauan Melayu dan di China. Portugis mampu mengekalkan kekuasaan mereka selagi mereka menguasai lautan dan selagi kehebatan kapal-kapal mereka tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kapal dari Asia. Namun, lama kelamaan pihak Portugis tidak berdaya menyaingi kemampuan teknologi pembinaan kapal di lain-lain negara Eropah. Pihak Portugis tidak dapat menandingi kehebatan kapal-kapal Belanda dan Inggeris yang mula datang ke timur.  
  Portugis merupakan orang Eropah yang pertama datang ke timur dan membawa bersama mereka budaya dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan ajaran Kritian di India, Melaka, kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Di antara mubaligh yang terkenal ialah St. Francis Xavier. Dia tiba di Melaka dari Goa pada tahun 1545 dan mengembara di serata rantau Asia seperti Jepun, India dan Amboyna untuk menyebarkan ajaran Kristian. Dia merupakan orang pertama membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di Melaka pada tahun 1548 untuk pelajar dari pelbagai bangsa. St Francis Xavier mati di pulau Sanchan di perairan China pada bulan Disember tahun 1552. Jenazahnya di bawa ke Melaka dan seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehingga hari ini.
Orang-orang Portugis digalakkan mengahwini wanita tempatan lantas mewujudkan sebuah komuniti Serani yang besar tidak lama kemudian. Pada hari ini, komuniti Serani Portugis masih ada di Melaka dan di bandar-bandar lain di Malaysia dan kebanyakan dari mereka bertutur dalam dialek Portugis. Walaupun Portugis kehilangan kuasa di Melaka lebih 300 tahun dahulu, banyak perkataan dalam bahasa mereka yang digunakan dalam bahasa Melayu. Di antara contoh perkataan-perkataan tersebut adalah almari (almario), bendera (bandera), mentega (mantaga), garfu (garfo) dan meja (mesa). 

Sejarah Awal Tanah Melayu

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/list.php?ttl_id=0&section=sm01

Zaman Prasejarah
Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, yang merupakan bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo, yang terletak ke arah timur sejauh 530 kilometer di seberang Laut China Selatan.
Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400, yang merupakan tarikh yang kebiasaannya digunakan sebagai permulaan era sejarah negara. Namun, tempoh prasejarah yang panjang ini kurang mendapat perhatian kerana kebanyakan penulisan yang sedia ada tertumpu kepada kehebatan Melaka.     
  Kerja-kerja penyelidikan berkenaan sejarah awal di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama, iaitu keadaan fizikal geografinya dan keadaan cuaca. Para penyelidik lebih cenderung menumpukan kajian mereka samada di Semenanjung atau pun di sekitar Sabah dan Sarawak sahaja, dan ini mengakibatkan hasil kajian yang tidak menyeluruh tentang tempoh prasejarah negara Malaysia. Keadaan cuaca yang begitu panas terik dan hutan hujan yang tebal tidak banyak meninggalkan artifak-artifak dari tempoh awal ini, selain daripada barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak tersebut, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.     
  Bukti terawal penempatan manusia di Sarawak adalah merupakan sebuah tengkorak yang berusia 38,000 tahun yang ditemui di Gua Niah, manakala bagi kawasan Semenanjung pula merupakan sebuah rangka yang berusia 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Perak. Artifak yang tertua adalah merupakan sebuah bangku batu zaman Paleolitik dari Kota Tampan, Perak yang berusia 34,000 tahun, manakala artifak tertua dari kawasan Borneo pula adalah alatan batu di Tingkayu, Sabah yang dihasilkan di antara 18,000 hingga 28,000 tahun dahulu. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.     
  Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. Penemuan barangan gangsa dari Utara Vietnam membuktikan wujudnya pelayaran jarak jauh dan seterusnya menghasilkan hubungan perdagangan laut dengan penempatan lain di Asia Tenggara. Manik-manik daripada India yang ditemui di kawasan-kawasan Zaman Logam seperti di Kuala Selinsing (200 SM – 900 M) dan Changkat Menteri (1 – 800 M) di Perak adalah bukti terdapatnya juga hubungan dagangan dengan Asia Selatan. 

Cerita Komunis Di Malaysia

Sumber Dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/darurat-angkara-komunis2

Darurat Angkara Komunis

 

MENGIMBAS kembali zaman darurat, terbayang difikiran kisah duka dan penderitaan yang  terpaksa dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ketika Parti Komunis Malaya (PKM) bermaharajalela melancarkan serangan untuk menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan.  Kegagalan untuk bergiat sebagai parti politik, menyebabkan PKM menukar strategi kepada perjuangan bersenjata hingga menyebabkan rakyat hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.  Pembunuhan, penyeksaan dan sabotaj dilakukan oleh PKM bertujuan menghancurkan ekonomi dan melumpuhkan sistem perhubungan di Tanah Melayu.

Kemuncak kepada keganasan itu ialah pembunuhan tiga orang ketua Kuomintang di Johor pada 12 Jun 1948, dan pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah termasuk seorang pembantu ladang di Sungai Siput, Perak, pada 16 Jun 1948. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Darurat diisytiharkan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948.  Pada 12 Julai 1948, Sir Alexander Theodore Newboult, Pegawai Tadbir Kerajaan, mengisytiharkan perluasan Undang-Undang Darurat ke seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 13 Julai 1948. PKM diharamkan secara rasmi pada 23 Julai 1948.  Perluasan undang-undang ini memberikan kuasa yang lebih kepada pihak polis dan tentera untuk menangkap dan menahan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversif.

Dalam usaha membendung dan melemahkan kegiatan komunis, kerajaan memperkenalkan beberapa rancangan di bawah Undang-undang Darurat. Antara rancangan tersebut termasuklah penggunaan kad pengenalan oleh semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas. Rancangan ini berjaya mengesan dan mengehadkan pergerakan pengganas komunis. Pada 1950, Jeneral Sir Horold Briggs memperkenal Rancangan Briggs. Rancangan  penempatan semula setinggan di kampung-kampung baharu bertujuan memastikan penduduk dapat diasingkan daripada pengaruh dan ancaman komunis.  Taktik ini berjaya menyekat bekalan makanan dan memutuskan perhubungan, maklumat, ubat-ubatan dan keanggotaan baru kepada PKM. Penempatan semula setinggan ini melibatkan seramai 572 917 orang yang telah dipindahkan ke 480 buah kampung baharu (Jun 1950 hingga Disember 1952).

Bagi mengekang pemberontakan komunis dan meningkatkan tahap keselamatan negara, pasukan keselamatan diperkukuh dengan pembesaran pasukan polis dan tentera.  Antara pasukan yang ditubuhkan semasa berlakunya darurat ialah Pasukan Mata-Mata Khas-SC (Special Constable), Polis Bantuan (Auxiliary Police), Polis Cawangan Khas (Special Branch) dan Pengawal Kampung (Home Guard). Tentera dari negara Britain, Australia, New Zealand, Fiji dan  Afrika Timur turut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk membantu memerangi keganasan komunis.

Kemuncak usaha kerajaan untuk mengatasi pemberontakan bersenjata komunis ini adalah mengadakan rundingan damai dengan pihak komunis. Rundingan ini diadakan dalam empat sesi di Sekolah Kerajaan (kini Sekolah Kebangsaan Tunku Putra), Baling, Kedah pada 28 hingga 29 Disember 1955. Rundingan ini bertujuan untuk menamatkan darurat. Rundingan ini juga merupakan lanjutan daripada tawaran pengampunan berama-ramai yang diberikan oleh kerajaan kepada angota PKM pada 9 September 1951.  Dalam rundingan tersebut, pihak kerajaan diwakili oleh Ketua  Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra; Ketua Menteri Singapura,  Encik  David  Marshall  serta   Dato'  Sir  Tan  Cheng  Lock. PKM pula diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Chin Peng, dan dua lagi ahli, iaitu Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Namun begitu, rundingan ini berakhir tanpa sebarang persetujuan daripada pihak komunis kerana mereka berniat untuk mendapatkan kebebasan politik bagi mencapai cita-cita mereka.

Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeidin Sulaiman Shah, namun saki-baki anggota PKM masih belum dapat dihapuskan sepenuhnya. Saki-baki anggota komunis ini berundur ke sempadan Malaysia – Thailand. Mereka mengumpul kekuatan untuk melancarkan semula pemberontakan bersenjata dengan matlamat  yang sama, iaitu menumbangkan kerajaan dan menubuhkan  Republik Komunis di Tanah Melayu.  Pemberontakan bersenjata yang dilancarkan semula  ini telah mencetuskan darurat kedua di Malaysia pada tahun 1968 hingga 1978. Keterangan dasar yang dikeluarkan oleh PKM pada bulan Jun 1968, menjelaskan sikap PKM, yang mahu melakukan perjuangan secara keganasan bersenjata. Strategi yang digunakan oleh PKM antara lain melibatkan penyusupan semula unit penggempur ke Semanjung Malaysia bagi menguasai semula kawasan tradisi mereka dan seterusnya melakukan pemberontakan.

Pemberontakan bersenjata PKM ini di mulai dengan menyerang beberapa sasaran pasukan keselamatan. Serangan ini bertujuan untuk memperlihatkan kesungguhan PKM dalam memulakan semula pemberontakan bersenjatanya.  Antara serangan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis ini termasuklah serangan hendap terhadap satu konvoi pasukan keselamatan pada 17 Jun 1968.  Dalam serangan tersebut, konvoi Batalion Pertama, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Perak telah diserang hendap oleh penggans komunis berhampiran kawasan sempadan Kroh (Perak) dan Betong (Thailand). Dalam kejadian tersebut, tiga buah kenderaan polis mengalami kerosakan teruk, 16 orang anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh dan 17 orang anggota lagi mengalami kecederaan.

PKM juga bukan sahaja memperhebatkan gerakan ketenteraanya di hutan belantara, malahan memasuki bandar dan melakukan pelbagai sabotaj dan kemusnahan. Antara yang menjadi sasaran utama pengganas komunis termasuklah kerja pembinaan Lebuh Raya Timur – Barat sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Gerik, Perak dan Pasir Puteh, Kelantan. Kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit apabila banyak jentera dan kelengkapan pembinaan diletupkan serta dimusnahkan.

Pada 26 Ogos 1975, ibu kota Kuala Lumpur dikejutkan dengan serangan pengeboman Tugu Negara diikuti serangan ke atas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Dalam serangan tersebut seramai dua anggota PPH terbunuh serta mencederakan 41 anggota yang lain.

Pengganas komunis juga bertindak lebih agresif dan ganas dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan. Antara keganasan yang dilakukan termasuklah membunuh pegawai dan anggota Cawangan Khas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim pada 6 Jun 1974 dan Ketua Polis Kontinjen Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 November 1975 di Ipoh, Perak.

Perang gerila yang dicetus oleh PKM pada tahun 1968  berlarutan selama 21 tahun.  Namun,  titik noktah bagi pemberontakan ini dicapai pada tahun 1989 apabila PKM menyambut seruan damai yang diusahakan  oleh pihak kerajaan Thailand dengan kerjasama pihak Kerajaan Malaysia.  Lanjutan daripada rundingan yang dijalankan selama hampir setahun, pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai telah dimeterai antara PKM dengan Pihak Kerajaan Malaysia; dan PKM dengan kerajaan Thailand. Berdasarkan kepada perjanjian ini, PKM bersetuju menamatkan pemberontakan dan memusnahkan senjata serta membubarkan pasukan senjatanya. Selain itu, PKM juga memberikan jaminan kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand untuk menghormati undang-undang kedua-dua negara.

Dalam upacara menandatangani Perjanjian Damai yang diadakan di Hotel Lee Gardens, Haadyai, Thailand ini, PKM diwakili oleh Pengerusinya, Abdullah C.D, Chin Peng dan anggota majlis pusat, Abdul Rashid Maidin. Kerajaan Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Haniff Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Mohd. Ali.  Kerajaan Thailand pula diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Vhabalit Yongchaiyudh; Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Empat, Lefternan Jeneral Yoodhana Yampundhu; Ketua Pengarah Jabatan Polis Diraja Thailand, Jeneral Polis Saweang Therasawat dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Encik Anek Sithip Rasasana. Perjanjian damai dan pembubaran Pasukan Komunis Malaya (PKM) ini merupakan lambang kejayaan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani perjuangan bersenjata PKM.

Sesungguhnya kejayaan ini menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. Oleh sebab itu, nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang dikecap kini wajarlah disyukuri. Namun begitu, usahlah kita alpa dan leka serta beranggapan ancaman tidak lagi wujud pada masa sekarang dan akan datang. “Kegagalan memandang ke hadapan memungkinkan kita terperangkap ke dalam situasi yang sukar”.  Begitulah catatan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Md. Hashim Hussein, pada 23 Julai 1999 (dipetik dari buku Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989)...........ada sambunga di muka surat dua tapi disebabkan komputer yg digunakan tidak boleh nak buka gambar maka adalah lebih baik jika anda buka sendiri laman sesawangnya...

T.K

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari http://www.arkib.gov.my/