Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

BANTUAN

        BANTULAH KELUARGA INI MENCARI ANAK GADIS   YANG DICULIK
Pengumuman

Saturday, March 17, 2012

Tokoh-Tokoh Negeri Sembilan

Sumber:     http://facebookaans.blogspot.com/2010/10/tokoh-tokoh-negeri-sembilan.html
 
PENDAHULUAN

Sejarah kebangkitan anak melayu di Negeri Sembilan menentang penjajahan penjajah Inggeris tidak kurang hebatnya dengan pejuang-pejuang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Antara puluhan pahlawan yang berjuang 12 pahlawan inilah yang diperkatakan sebagai pelopor perjuangan Melayu. Mereka ini adalah pejuang-pejuang anak Negeri Sembilan yang suda menabur bakti kepada perjuangan nasionalisme di negeri ini. Mereka adalah ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan di sekeliling masyarakat akibat penindasan secara halus yang dijalankan oleh penjajah. di bawah ini disenaraikan nama-nama 12 pahlawan Negeri Sembilan berserta ringkasan kisah hidup perjuangan mereka.

TOKOH PAHLAWAN

Dato' Moyang Salleh
Merupakan Undang Luak Jelebu pertama. Membuka jalan kepada Negeri Sembilan berkerajaan sendiri, dan kemudiannya menetapkan raja yang dijemput dari Pagar Ruyung di Minangkabau sebagai raja bagi menggantikan pemerintahan Sultan Johor.

Dato' Dol Said
Penghulu Naning, putera Melayu pertama menentang penjajahan Inggeris tahun 1831-1832. Keberaniannya melawan kuasa besar dari barat dianggap luar biasa sekalipun berakhir dengan kekalahan. Bagaimanapun kekalahan itu adalah disebabkan ada pembelot di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

Penghulu Naam
Merupakan Penghulu Luak Muar yang pertama. Berpegang kuat kepada prinsip dalam menentukan siapa berhak menaiki taktha Negeri Sembilan. Keberanian menentang Raja Malewar yang belum diiktiraf sebagai raja membuktikan dia kuat mempertahankan prinsip dan kedaulatan wilayahnya.

Dato' Panglima Sultan Karo
Menjemput Raja Malewar menaiki taktha 1773, seorang buapak luak Ulu Muar. Kuat berpegang pada janji Disebabkan dia diberi tugas untuk menaikkan Raja Malewar ke atas takhta, janjinya tetap dikotakan sekalipun terpaksa menentang penghulunya sendiri.

Dato' Bandar Tunggal Abdullah b Ahmad
Pembesar Sungai Ujong berperang melawan Inggeris tahun 1874. Dilucutkan jawatan oleh Inggeris, tetapi semangatnya terus kental hingga rumah dan kampungnya dibakar oleh pihak Inggeris. Pertelagahannya dengan Dato' Kelana Syed Aman, menjadi sebab kemarahan Inggeris dan peniaga-peniaga Cina dari Melaka apabila dia menentang pembolotan ekonomi menyebabkan orang Melayu susah.

Yamtuan Antah
Raja Melayu pertama berperang melawan Inggeris tahun 1876, hingga terpaksa hilang wilayah. Sebagai penyelesaian, baginda hanya berkuasa di Seri Menanti sahaja setelah kalah dalam Perang Bukit Putus.

Dato' Siamang Gagap
Menentang Inggeris di Istana Seri Menanti dalam tahun 1874, akhirnya jawatan yang dipegang dimansuhkan. Dia ikut sama Yamtuan Antah berundur ke Singapura , dan tidak mahu mengiktiraf campur tangan Inggeris. Dia kemudiannya menjadi orang biasa sebelum beliau mangkat.

Dato' Bongkok Abdul Malik
Menentang sistem raja. Keberaniannya melanggar tradisi telah membuka jalan ke arah pembaharuan dalam sistem beraja di Negeri Sembilan.

Dato' Haji Sail
Undang Rembau, menentang Inggeris sekitar 1880an. Dia disingkirkan dari jawatannya dengan tipu helah Inggeris, kemudiannya dibuang ke Singapura.

Pendekar Sampan
Berjuang menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus tahun 1876. Menjadi jurulatih silat kepada pemuda-pemuda yang mempertahankan Seri Menanti dari serangan Inggeris. Terkorban dalam peperangan kerana kesetiaannya.

Bilal Ismail
Menentang Inggeris di Jelebu pada tahun 1880, dan dituduh menderhaka kepada Yamtuan Muda Jelebu. Dijatuhkan hukuman bunuh. Orang yang bertanggungjawab membunuh Bilal Ismail kemudianya dihukum bunuh bagi meredakan krisis berkenaan.

Pendeta Za'ba
Menentang Inggeris dengan mata penanya. Dia menganjur Kongres Melayu 1946, dan mencetuskan perjuangan UMNO. Dia tidak terbabit dalam politik, tetapi boleh menumpukan kepada pembangunan intelektual Melayu.

Keturunan Minangkabau Negeri Sembilan

Sumber dari http://facebookaans.blogspot.com/2012/02/keturunan-minangkabau-negeri-sembilan.html
 
Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut.

Keindahan alam semula jadi kampong dan cara hidup masyarakat Minangkabau di mana penggambaran drama tersebut dijalankan seperti telah terbiasa pada diri saya. Ada imbauan meresap secara semula jadi di dalam naluri bawah sedar tetapi tidak dapat dimuktamatkan puncanya dengan jelas.

Orang Negeri Sembilan sememangnya berketurunan Minangkabau. Bagaimanapun, mereka tidak akan mencari susur galur keturunan mereka di Tanah Minangkabau kerana perhubungan tersebut telah terputus sama sekali. Mungkin keadaan ini berlaku kerana penghijrahan Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan telah melampaui 500 tahun yang lalu. Justru itu, kebanyakkan orang awam Negeri Sembilan hari ini telah lupa hubungkait asal usul keturunan mereka.

Tidak dinafikan bahawa pengaruh Minangkabau ke atas Orang Negeri Sembilan begitu dominan. Bagaimanapun, pengaruh penduduk asal Negeri Sembilan tidak boleh dikesampingkan di dalam membina jati diri Orang Negeri Sembilan. Di antara impak dari adunan pengaruh Minangkabau/Penduduk Asal Negeri Sembilan ialah transformasi kepada penuturan dialek Minangkabau di Negeri Sembilan. Natijahnya, ada perbezaan yang besar di antara dialek Minangkabau dengan dialek Negeri Sembilan.

Sehubungan ini, keluarga Minangkabau yang dimaksudkan di dalam drama tersebut adalah samada keluarga Minangkabau dari Beranang, Gombak, Kampong Baru atau peniaga songkok di Jalan Masijid India, Kuala Lumpur. Pasti, keluarga tersebut bukannya Orang Negeri Sembilan.

Persoalannya, jika orang awam Negeri Sembilan seperti saya tidak mengaku berketurunan Minangkabau, mengapa naluri keterujaan kepada hubungan susur galur keturunan Minangkabau tidak dapat disembunyikan semasa menyaksikan drama tersebut?

Sesungguhnya, maksud pantun yang diulang-ulang sebutannya 500 tahun yang lampau oleh nenek moyang Orang Negeri Sembilan untuk menghilangkan rasa rindu kepada kampong halaman di Tanah Minangkabau yang ditinggalkan tanpa disedari masih relevan lagi kepada keturunan mereka di Negeri Sembilan hingga hari ini. Pantun tersebut berbunyi: “Leguh legah bunyi pedati, Pedati orang pergi ke Padang, Genta kerbau berbunyi juga; Biar sepiring dapat pagi, Walau sepinggan dapat petang, Pagaruyung teringat juga.”

Kebanyakkan Orang Negeri Sembilan secara tersirat menafikan mereka berketurunan Minangkabau. Namun, kesan kepada sisa kesinambungan darah Minangkabau dari generasi ke generasi selama lebih 5 abad yang jazam dan terserlah secara semula jadi melalui amalan, dialek dan emosi Orang Negeri Sembilan tidak dapat disembunyikan dan dinafikan.

Sejarah Negeri Sembilan

Sumber dari http://facebookaans.blogspot.com/2012/02/sejarah-negeri-sembilan.html
 
Sejarah Negeri Sembilan merupakan satu bahagian yang menarik dalam sejarah perkembangan kebudayaa n dan politik Malaysia. Sebelum pertengahan kedua abad ke 18, Negeri Sembilan sebagai satu identiti politik belum lagi ujud. Ia ujud hanya sesudah perlantikan Raja Melewar kira-kira pada tahun 1773 sebagai Yamtuan bagi negeri ini. Negeri-negeri yang mengujudkan Negeri Sembilan itu terdiri dari Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Segamat, Ulu Pahang, Jelai dan Kelang. Pengaruh Inggeris di negeri ini bermula pada tahun 1844, tetapi pada peringkat ini pengaruh mereka hanya terbatas kepada beberapa luak yang tertentu sahaja.

Campurtangan Inggeris secara aktif ke atas Negeri Sembilan bermula ketika meluasnya keperluan bijih timah dalam perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan abad ke 19, dan Negeri Sembilan merupakan antara tempat-tempat yang menyediakan bahan mentah ini. Dalam hal ini, Inggeris telah mengambil kesempatan dari pertentangan yang berlaku antara Datuk Klana dan Datuk Bandar di Sungai Ujong mengenai hak dan kuasa ke atas perusahaan bijih timah yang menggunakan Sungai Linggi. Walaupun campurtangan Inggeris ini mendapat pertentangan yang hebat, tetapi kekuatan yang ada di Negeri Sembilan tidak dapat menahan kemaraan kekuasaan Inggeris itu. Pada tahun-tahun berikutnya campurtangan Inggeris semakin meluas hingga ke seluruh Negeri Sembilan. Dengan ini bermulalah proses pembaratan dan proses migrasi orang-orang Cina dan India ke negeri ini, hingga mengujudkan masyarakat majmuk di Negeri Sembilan.

Pembentukan Negeri Sembilan seperti yang ada sekarang adalah berasal dari satu perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1885 diantara Gobernor Negeri-Negeri Selat bagi pihak Kerajaan Inggeris dengan Yamtuan Seri Menanti dan penghulu-penghulu luak kawasan ini, membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Satu lagi perjanjian telah dibuat pada tahun 1898 antara Yamtuan Seri Menanti, Tuanku Muhammad dengan Datuk-Datuk Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai pemerintah bagi seluruh Negeri Sembilan dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun itu jugalah Residen Inggeris yang pertama bagi Negeri Sembilan, E.W.Birch telah dilantik.

Walaupun pengaruh Inggeris telah mengujudkan masyarakat majmuk di negeri ini, dengan penduduk-penduduk berbagai kaum itu terpisah oleh sebab-sebab tempat kediaman, bahasa, adat-resam, dan cara kehidupan sosial hari-hari,namun selepas Malaysia (sebelum itu Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, keadaan ini sedikit demi sedikit berubah. Usaha-usaha ke arah membentuk perpaduan kaum dijalankan dan sekarang penduduk di Negeri Sembilan, seperti juga di negeri-negeri lain di Malaysia, adalah hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Dua tahun selepas kemerdekaan ini, Negeri Sembilan telah membentuk sebuah perlembagan baharu yang dinamakan "UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 1959", yang membolehkan penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebuah Dewan Undangan Negeri.

Pemerintah bagi Negeri Sembilan dikenali sebagai Paduka Seri Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, dan baginda adalah dipilih dari kebulatan muafakat antara Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Paduka Seri Tuanku menjadi sebagai Ketua Ugama Islam dalam negeri ini, dan menjalankan tugasnya, baginda dinasihati oleh sebuah Majlis Hal Ehwal Ugama Islam. Dalam hal-hal berhubung dengan adat istiadat Melayu dan Agama Islam.

Negeri Sembilan juga dibahagikan kepada 5 kawasan pentadbiran adat yang dikenali sebagai Luak. Masing-masing luak diketuai oleh seorang Datuk Undang yang bertaraf sebagai pemerintah bagi luaknya. Luak-luak tersebut ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, dan Tampin, sementara Tanah Mengandung Seri Menanti adalah di bawah kekuasan Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Berdasarkan namanya Negeri Sembilan kita melihat kelainan atau keunikannya yang tersendiri. Ianya berasal dari istilah Minangkabau "nagari" yang bermaksud penempatan yang mengandungi beberapa buah "koto" mungkin bererti "kampung". Istilah "nagari" itu mungkin diubahsuai penggunaannya oleh orang setempat apabila meneroka ke sini, agar sesuai dengan keadaan negeri-negeri Melayu lain, ataupun disalah terjemahkan oleh penjajah barat apabila mereka sampai ke sini sejak tahun 1511. Jadi, nama Negeri Sembilan itu bermaksud gabungan sembilan buah penempatan atau "nagari".

Friday, March 16, 2012

KISAH BENAR…! Apabila Seorang Bekas Mat Rempit Menjadi Imam Baling Selipar….

 
Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.

Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan...?

Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.

Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan.Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar,seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid,maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di masjid. Akhirnya …, Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.

Dalam pada itu juga,Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir. Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat. Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk solat fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.

Sementara bagi Hoslan Hussain pula,beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan…. Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya,maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu Haji.

Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji….Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi.

Beliau mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain,berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.



Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut,maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid,permohonannya diterima. Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.

Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain. Beliau cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Difahamkan daripada Hoslan sendiri,beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)

Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu. Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka…..

Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.

Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L.

Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin,membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin.

Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.

Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).

Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.

Ketua Imam yang baru,Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya. Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.

Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya) dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid.

Beliau juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.

Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul….

Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah,maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at.

Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata,bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.



Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008,seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.

Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi. Sebelum itu,berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan.

Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.

Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya.

Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam Zakaria@Zubir.Imam Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob.

Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam….!

Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.

Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku,apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang. Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang,bersampin dan memakai songkok.

Beberapa jemaah yang melihat Hoslan,ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan….. Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali.

Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane.

Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar.

Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah.Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, sedang Khatib membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya….!!

Disebabkan perbuatnnya itulah,pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya. Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.

Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim….!

Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja cerita kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula….

Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.

Buat pengetahuan umum…, bapanya Hj Hussain juga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia.

Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya. Namun begitu pihak JAWI dan masjid begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap.

Kami berharap,dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya…..

Sumber
Arrahimah

Beri peluang??

Baru-baru ini aku ada dengar kawan aku bercakap, apa susah kita bagi dulu peluang untuk PR memerintah negara ni satu penggal, kalau tak perform kita tukarlah balik!!!!!!...adakah semudah itu kita membuat pilihan....terbayangkah didalam kepala otak dia apa yang akan terjadi dalam tempoh satu penggal itu....

Masih wujudkah lagi kampung-kampung melayu selepas tempoh satu penggal itu???...

Siapakah agaknya yang akan meguasai syarikat-syarikat GLC adakah Ali Bin Abu ataupun Wong fe Hong????Percayalah bakal diubahnya segala akta dan undang-undang yang selama ini merpertahankan hak-hak keistimewaan kaum melayu untuk membolehkan mereka merampas segala-galanya.

Bagi mereka yang tidak dapat membayangkan semua ini cuba-cubalah pergi melancong ke Pulau Pinang dan kajilah balik apa yang telah sedang dan akan berlaku disana.

Setiap kali BN membuat penjelasan tentang kemungkinan pekara ini berlaku maka akan terdengarlah ayat-ayat yang kerajaan sekarang cuba menakut-nakutkan rakyat tapi sedar atau tidak pekara ini memang menakutkan jika benar-benar berlaku...kemanakah kita orang Melayu boleh pergi...nak lari ke Indon di panggilnya kita Malingsia, nak lari  ke China duit tambang kapal terbang pon tak mampu nak beli, nak ke India lagilah parah....so apa pilihan yang kita ada......MEREMPATLAH DI BUMI SENDIRI.........