Aku lahir di Kg.Chedang,Rasah NSDK...Masa aku kecik aku sering mengikuti arwah nenek dan mak aku g persidangan pewakilan Umon cawangan dan bahagian, Pada masa itu memang mereka yang berjuang di bawah payung UMNO itu tidak ada agenda lain selain dari memperjuangkan bangsa melayu dan agama islam, Arwah nenek dan mak aku contohnya sampai akhir hayat mereka masih tidak punya rumah sendiri.
Bila aku besar ni nak aktif UMNO terasa tak sanggup pulak nak bekorban...masa tenaga dan wang ringgit jadi aku jadi la penyokong dalam diam...di tempat kerja aku dulu semasa di KL terdapat ramai yang menyokong pembangkang, tapi bagi aku aku tidak akan berpolitik di pejabat.
Kini aku merantau ke utara pula ke kg halaman orang rumah, disini aku seperti terkena kejutan budaya apabila di sekeliling aku kebanyankkannya adalah penyokong pembangkang dan mereka secara terang-terang mezahirkan sokongan mereka kepada pembangkang walaupun di dalam pejabat. jika ada sesuatu isu yang timbul maka mereka akan memberi komen-komen mereka yang bagi aku begitu pedas untuk aku telan, contohnya isu NFC hari tu.
Di sini juga apa saja yang dibuat oleh kerajaan semuanya salah, ISA contohnya bagi mereka adalah satu akta yang zalim, pernahkah mereka terfikir ISA itu digunakan untuk menjamin keselamatan Malaysia dari mereka-mereka yang boleh mengugat keamanan negara.
Bagi aku ISA itu masih releven, megapa aku kata releven..........Bukan semua jenayah yang dilakukan boleh disabit dengan kesalahan di makamah tetapi kita tahu memang mereka melakukan kesalahan itu, sebagai contoh kes DSAI Vs Saiful hari tu, hanya kerana kesalahan teknikal maka beliau dilepaskan dari tuduhan (tu contoh yang terfikir kat otak aku masa menaip ni). Kita andaikan pula seseorang yang cuba membawa fahaman komunis kembali ke negara ini dan kita tahu mereka melakukan aktiviti subbesif tetapi tidak mempunyai bukti yang cukup,apakah kita terpaksa menunggu dia melakukan kerosakan yang teruk dan beliau ditangkap ketika melakukan kerosakan itu baru kita boleh tahan dia......Fikir-fikirkan lah
Aku benci Teressa KOK
No comments:
Post a Comment